Saturday, 17 November 2012

Bentuk 3D


Ciri-ciri utama bagi bentuk 3D ialah mempunyai salah satu atau lebih dari ciri berikut;

1)Bucu
2)Permukaan
3)Puncak



 .
Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Bentuk 2D

Dimensi

  • Dimensi itu melibatkan panjang dan lebar.
  • Jadi, bentuk dua dimensi(2D) ialah apa-apa bentuk yang mempunyai panjang dan lebar.



Ciri-ciri

  • Bentuk 2D mempunyai lebar dan panjang.
  • Bentuk 2D mempunyai permukaan yang rata.
  • Bentuk 2D mempunyai bucu kecuali bentuk bulat dan bujur.
  • Semua bentuk 2D bersisi lurus kecuali bentuk bulat dan bujur iaitu sisi melengkung.


Contoh-contoh bentuk 2D :-



Rajah menunjukkan nama bentuk , bilangan sisi dan bucu


Apakah Matematik ?

Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantitistrukturruang dan perubahan.Ahli matematik mencari pola memformulasikan konjektur yang baru, dan menghasilkan fakta dengan deduksi rapi dari aksiom dan definisi yang dipilih dengan baik . Terdapat percanggahan pendapat samada objek matematik seperti nombor wujud secara semula jadi, ataupun hasil ciptaan manusia. Ahli matematik Benjamin Peirce menggelar matematik sebagai sains yang memberi kesimpulan yang sewajarnyaAlbert Einsteinsebaliknya menyatakan selagi hukum matematik itu merujuk kepada realiti, maka ia tidak pasti, dan selagi ia pasti, ia tidak merujuk kepada realiti .

Dengan penggunaan pengabstrakan dan penaakulan logik, matematik berevolusi daripembilangan, pengiraan, pengukuran, dan kajian sistematik terhadap bentuk dan pergerakanobjek fizikal. Matematik gunaan telah wujud dalam aktiviti seharian manusia sejak kewujudan rekod bertulis. Hujah yang rapi mula wujud dalam Matematik Yunani, antara yang terkenal ialah karya EuclidElemen. Matematik kemudiannya terus berkembang, contohnya di China pada kurun ke-3 sebelum masihi, di India pada kurun pertama masihi dan di dunia Islam pada kurun ke-8 masihi, sehingga kemunculan Zaman Pembaharuan, apabila penciptaan matematik berinteraksi dengan penemuan saintifik yang baru, membawa kepada peningkatan yang sangat besar dalam penemuan matematik yang kekal berterusan sehingga hari ini .
Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai bidang, termasuklah sains semula jadikejuruteraan,perubatan dan sains sosialMatematik gunaan, satu cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam bidang lain, memberi inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru dan kadangkala menjadi pencetus kepada pembangunan disiplin matematik yang baru sepenuhnya seperti statistik dan teori permainan. Ahli matematik juga terlibat dalam matematik tulen, satu cabang matematik yang khusus untuk bidangnya sahaja, tanpa aplikasi ke dalam bidang yang lain, walaupun aplikasi yang praktikal untuk apa yang bermula sebagai matematik tulen sering ditemui .
#Sumber dari Wikipedia